Monday 24 August 2015

Makmal Matematik

Dalam kelas hari ini,kami diminta untuk melakarkan pelan makmal matematik.Ini adalah hasil lakaran kami

Makmal matematik yang kami lakarkan ini mengandungi meja guru,5 meja heksagon,sebuah rak buku dan alatan,sebuah kabinet mini dan sebuah stor.

Monday 10 August 2015

Papan Putih




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam kelas minggu lepas Puan ada memberitahu mengenai objektif penggunaan papan putih semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.Jadi saya ingin menulis mengenai objektif penggunaan papan putih.

OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak
mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.
2. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru
dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.
3. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara
bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi
penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu
4. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer
dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja
5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat
pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.
6. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini
akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.


Monday 27 July 2015

Miracle of Quran

          Assalamualaikum semua,hari ini saya nak berkongsi mengenai keajaiban nombor  yang terdapat dalam Al-Quran dan juga keindahan matematik yang boleh dilihat pada keindahan angka 19, merujuk kepada buku yang bertajuk “Apabila Rahsia Nombor 1 – 9 Terbongkar “.

1. Apa yang kita ketahui bahawa setiap surat-surat di dalam Al-Quran sentiasa diawali dengan bacaan iaitu awalan “Bismillahirrahmaanirraahimm”. Melalui bacaan bismillah itu, (di dalam bahasa Arab) terdiri daripada 19 huruf ( 19 x 1 )

2. Keistimewaan nombor atau angka 19 di dalam kitab ilmu matematik atau lebih dikenali dengan salah satu “Bilangan Prima” iaitu bilangan yang tidak habis dibahagi dengan bilangan manapun atau dengan apa-apapun kecuali dengan dirinya sendiri. Maka oleh itu, keistimewaan tersebut seolah-olah melambangkan bahawa sifat NYA yang MAHA dan tiada tolok bandingnya kepada apa dan sesiapa pun kecuali bagi diriNYA sendiri. Firman Allah di dalam Surah Al-Ikhlas ayat 3 yang membawa maksud : “ Tidak dia beranak dan tidak pula Dia diperanakkan “

3. Nombor 19 terdiri dari nombor 1 dan nombor 9, di mana nombor 1 merupakan bilangan pertama sekali dan nombor 9 adalah merupakan bilangan yang terakhir dalam sistem perhitungan atau kiraan. Keistimewaan tersebut menunjukkan sifat Allah yang diketahui bahawasanya “ Maha Awal dan yang Maha Akhir “. Di dalam Surah Al-Hadid ayat 3: yang membawa maksud : “Dialah Yang Permulaan dan Dialah Yang Penghabisan

4. Nombor 1 boleh melambangkan sifat NYA yang “Maha Esa”(surah ke 112 ayat 1 : “Katakanlah : Dia adalah Allah Yang Maha Esa”, sedangkan nombor 9 yang diertikan sebagai bilangan nombor terbesar melambangkan antara salah satu sifat NYA yang ke 38 iaitu “ Maha Besar”.

5. Dalam kalendar Tahun Komariyah atau tahun Lunar (Sistem Peredaran Bulan), terjadinya Tahun Kabisat pada setiap 19 tahun sekali.

6. Rangka manusia mempunyai tulang belakang dengan bilangan ruas tulangnya 19 ruas. 19 ruas tulang ini penting kerana terdapat sum-sum tulang yang merupakan lanjutan dari otak melalui saraf-saraf ke seluruh bahagian tubuh manusia,

7. Terdapat 19 ruas tulang pada mana-mana bahagian tapak kaki dan tangan

        Terdapat jujukan nombor-nombor yang telah dibuat kajian dan bilangan perkara yang disebut dan didapati di dalam Al-Quran seperti :

Dunia - 115 kali sebutan
Akhirat - 115 kali sebutan
Malaikat - 88 kali sebutan
Syaitan - 88 kali sebutan
Hidup - 145 kali sebutan
Mati - 145 kali sebutan
Faedah - 50 kali sebutan
Kerugian - 50 kali sebutan
Ummah - 50 kali sebutan
Penyampai - 50 kali sebutan
Iblis penghulu syaitan - 11 kali sebutan
Mohon perlindungan Iblis - 11 kali sebutan
Bala/Musibah - 75 kali sebutan
Bersyukur - 75 kali sebutan
Bersedekah - 73 kali sebutan
Berpuashati - 73 kali sebutan
Solat - 5 kali sebutan
Bulan - 12 kali sebutan
Hari - 365 sebutan

        Hebat bukan?Ini baru sedikit sebenarnya dari sekecil-kecil benda semua telah disebutkan dalam Al Quran hatta nak buat roti canai pun,tak percaya?Meh tengok potongan ayat ni Surah An-Nahl ayat ke 43 :   Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui, 


Bertanyalah jika kamu tidak mengetahui,jadi nak buat roti canai tu tanyalah orang caranya :)